Posts

Penantian yang tiada kepastian

Aku yang mencintai tanpa syarat. Aku yang mencintai atas dasar cinta yang mendalam. Aku yang mencintai dengan penantian tapi.... Berbaloikah penantian ini? Apakah pengakhiran penantianku ini? Dapatkah aku genggam bahagia yang dinanti? Persoalan yang mungkin tiada jawapan. Persoalan yang belum pasti akan terjawab. kenapa... Tak layakkah seorang gemuk dalam percintaan? Tak layakkah perempuan kampung untuk dicintai? Tak layakkah aku untuk dikasihi? Izinkan aku pergi tanpa kepastian. Izinkan aku mencintai tanpa kesudahan Izinkan aku mencari sebuah jawapan.

Sampai ke mana?

Hubungan ini sampai ke mana? Sering aku tertanya-tanya, dimana berakhir perhubungan kita? Kau sering mengelak bila aku soalkan hati dan perasaan.  Kau seperti tak berminat untuk semua itu. Kau juga tak pernah tunjuk kesungguhan dalam perhubungan ini. Jadi sampai kemana sebenarnya hubungan ini? Sampai ke mana? Perlu ke aku menunggu sesuatu yang tak pasti? Perlu aku pendam semua rasa di hati? Buntu..............

Hidup

Pengalaman itu hidup, Pengalaman itu harta, Pengalaman mengajar kita tentang kehidupan. Pengalaman adalah harta yang ternilai harganya yang tak boleh dibeli dimana-mana. Aku hidup. dalam erti kesederhanaan. dalam keluarga yang kata orang 'biasa-biasa je'. tapi aku syukur. syukur aku masih boleh bernafas. syukur masih boleh hidup dengan selesa. Ya Allah, Alhamdulillah atas setiap kurniaanMu.

Rumah baru niko & kiko

Image
Hari ni saya beli rumah baru untuk pets saya niko & kiko . Rumah lama tu dah buruk dan kecik tak sesuai sebab niko & kiko dah makin besar. Jadi untuk bagi diorang selesa, saya belikan rumah baru. Hopefully niko & kiko suka rumah baru ni, saya letak sekali batu2 yang colourfull supaya nampak lagi menarik tertarik da booom. hihi

This is me !

Image
So, ape nak cerita ni? hihi nama saya Nurul Nur Ain binti Azmi berumur 21 tahun actually tak masuk lagi 21 tahun sebab saya lahir 15 Disember 1993 pada hari rabu bersamaan dengan 1 rejab 1414 masihi (ok tarikh hijrah ni sy google) . Ni perkara basic tentang diri saya kalau nak tahu lebih lanjut tanya lah.. haha ok kt bawah ni ade beberapa perkara yang awak semua boleh tahu pasal saya ; Anak pertama dari empat adik beradik Saya seorang yang anak yang degil. banyak perkara yang mak saya pesan saya buat tak endah sampai la umur saya makin tua ni baru saya sedar yang ape mak saya pesan tu betol. Saya seorang kakak yang garang. ofcoz adik2 saya takut dengan saya kecuali adam , adik saya yang bongsu. Seorang pendengar yang setia pada kawan2 baik saya, jadi sy juga secara rasminya menyimpan banyak rahsia kawan2 saya. Saya juga susah untuk difahami coz i'm based on my mood. kadang2 sy ok, kadang2 x ok. So, bagi yang dah faham saya diorang akan tahu bila masa saya ok dan x ok....