This is me !
So, ape nak cerita ni? hihi nama saya Nurul Nur Ain binti Azmi berumur 21 tahun actually tak masuk lagi 21 tahun sebab saya lahir 15 Disember 1993 pada hari rabu bersamaan dengan 1 rejab 1414 masihi (ok tarikh hijrah ni sy google) . Ni perkara basic tentang diri saya kalau nak tahu lebih lanjut tanya lah.. haha ok kt bawah ni ade beberapa perkara yang awak semua boleh tahu pasal saya ;
- Anak pertama dari empat adik beradik
- Saya seorang yang anak yang degil. banyak perkara yang mak saya pesan saya buat tak endah sampai la umur saya makin tua ni baru saya sedar yang ape mak saya pesan tu betol.
- Saya seorang kakak yang garang. ofcoz adik2 saya takut dengan saya kecuali adam , adik saya yang bongsu.
- Seorang pendengar yang setia pada kawan2 baik saya, jadi sy juga secara rasminya menyimpan banyak rahsia kawan2 saya.
- Saya juga susah untuk difahami coz i'm based on my mood. kadang2 sy ok, kadang2 x ok. So, bagi yang dah faham saya diorang akan tahu bila masa saya ok dan x ok.
- Saya kuat cemburu. Walaupun bende tu nampak macam x logik untuk cemburu. *cemburu buta tapi x nak mngaku.. haha
- Saya seorang yg over worried. saya terlampau berhati2 sampaikan bila saya bawak moto, kereta tu jauh lagi saya dah nampak macam dekat.
- Seorang yang terlalu memikirkan perasaan orang lain sampaikan bila saya tengah marah saya boleh rasa kesian juga kt orang tu. *ohh sy benci ade dlm situasi ni.
- Saya suka baca novel, tengok cerita2 romantik dengan harapan saya pun akan rasai benda yang sama macam heroin cerita tu *berangan.
- Boros terutama sekali bab makan. Saya akan beli apa saja yang saya nak makan walaupun mahal dan sikit. *sebab tu lah gemuk.
- Saya gemuk walaupun dah beberapa kali cuba diet tapi macam x berhasil *so bad.
- Sensitif, hot-tempered tapi saya boleh cool down dengan cepat.
- Boleh memasak tapi saya x pernah rasa masakan saya sedap.. haha coz saya x reti nak rasa makanan tu dah cukup garam ke tak.
- Saya suka mengemas dan kalau saya mengemas saya akan pastikan setiap perkara tu dengan teliti, tak nak ada kureng sana sini.
- Saya ade pet. pet saya kura-kura, ada 2 ekor nama niko dan kiko.
- Saya suka fesyen tapi sy x reti nak berfesyen. haha sedih maybe sebab saya gemuk jadi pakai ape pun nampak macam x cantik.
- Saya sukakan budak-budak kecik. bila jumpa rasa macam nak gigit2 pipi diorang dan ramai yang dh kene gigit dengan saya..haha
- Saya suka tengok permandangan especially permandangan kt beach. saya rasa tenang.
- Setia. Saya x pernah mainkan perasaan orang tetapi orang selalu mainkan perasaan saya.
- Study dlm bidang sains komputer tp percayalah saya tak pandai pun nak format komputer/lappy.
- Saya sangat menghargai apa yang saya ada walaupun benda tu tak mahal dan tak cantik yang penting special value tu.
- Pendiam bagi org2 yang baru saya kenal or orang yang saya x berapa nak rapat. Tapi hakikatnya xde lah pendiam sangat.
- low confident level yang menyebabkan saya takut nak berhadapan dengan orang ramai.
- Kalut tapi saya terlalu pentingkan masa. Saya tak kisah kalau saya tunggu orang yang penting jangan orang tunggu saya.
Jadi ni lah serba banyak tentang saya. hopefully setiap kelemahan yang saya ade tu dapat ditampung oleh kelebihan diri saya. Ahlan wassahlan ke blog saya . Assalamualaikum d^_^b

Comments
Post a Comment